Hidrogen, Merupakan Sumber Antioksidan yang Ideal
Hidrogen dengan secara selektif dapat menghilangkan radikal bebas yang paling bertoksik dan merosakkan – radikal hidroksil.
Radikal bebas secara umumnya dianggap menyebabkan kerosakan pada sel. Namun, itu tidak berlaku utunk semua radikal bebas. Walaupun ion Superoksida dan Hidrogen Peroksida menunjukkan ketoksikan dalam kepekatan yang tinggi, namun mereka juga memainkan peranan yang positif dalam sistem kekebalan tubuh ketika berada dalam kepekatan yang rendah.
Sekiranya hidrogen mengubah jenis radikal bebas ini menjadi air, itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan kerana kesan negatifnya terhadap kesihatan. Walau bagaimanapun, hidrogen tidak bentindak balas terhadap radikal bebas yang tidak berbahaya dan dengan secara selektif menghilangkan radikal hidroksil – radikal bebas yang paling berbahaya terhadap sel. Oleh itu, hidrogen boleh disebut sebagai antioksidan yang paling ideal.
Air Hidrogen juga satu-satunya antioksidan yang dapat bergerak ke setiap organ manusia hingga ke sel otak.
65% - 70% tubuh manusia terdiri dari air dalam pelbagai bentuk seperti sel, tisu, organ dan darah. Semua zat bergerak keseluruh tubuh badan setelah dilarutkan melalui air. Sekiranya air dibekalkan dengan kemampuan antioksida, kemampuan pengoksidaan akan dapat ditingkatkan. Molekul hidrogen yang dilarutkan didalam air mempunyai kuasa luar biasa untuk menghilangkan radikal bebas bertoksik.
Sel mempunyai saluran protein didalam membrannya yang membolehkan air bergerak bebas melaluinya. Saluran ini hanya berukuran 0.3 hingga 1.3 nanometer. Antioksidan seperti vitamin A, C dan E tidak dapat meresap melalui saluran ini. Walau bagaimanapun , hidrogen yang panjangnya hanya 0.3 nanometer, dapat bergerak bebas ke setiap sel didalam tubuh badan termasuk otak untuk menghilangkan radikal bebas bertoksik.
Mengapa Hidrogen merupakan sumber Antioksidan yang ideal?
• Hidrogen merupakan satu-satunya antioksidan yang dapat menyingkirkan radikal bebas bertoksik secara selektif.
• HHidrogen juga satu-satunya antioksidan yang dapat bergerak ke setiap organ manusia hingga ke sel otak.
• Hidrogen tidak bertoksik walaupun air tersebut mempunyai kandungan kepekatan hidrogen yang tinggi.
Sel otak yang dirosakkan oleh radikal bebas bertoksik umumnya diketahui menyebabkan penyakit kognitif seperti Parkinson, Alzheimer dan jenis demensia yang lain. Adakah penyakit ini dapat dicegah? Sudah pasti, kuncinya adalah dengan mempunyai antioksida yang cukup untuk menghilangkan radikal bebas ini di otak. Antioksidan seperti Vitamin A, C, E, Coenzyme Q10, Anthocyanin, Catechin dan Genistein tidak dapat menembusi otak dan organ yang lain kerana saiz ukuran dan berat molekulnya.
Air Hidrogen TIDAK beracun walaupun didalam kepekatan yang tinggi dan TIDAK memberikan kesan sampingan.
Hidrogen tidak menyebabkan bahaya walupun diambil dengan kuantiti yang banyak. Ini adalah perbezaan besar yang membezakannya daripada oksigen yang menyebabkan pengoksidaan. Sebagai contoh yang lain, Vitamin A adalah antioksidan yang berkesan tetapi jika dimabil dalam jumlah yang berlebihan tubuh badan tidak dapat mengeluarkannya dan akhirnya berubah menjadi simpanan lemak. Dalam jangka masa panajng akan menyebabkan kesan sampingan seperti keguguran rambaut, sakit sendi, kerosakan hati dan tulang. Manakala hidrogen yang berlebihan, berubah menjadi gas dan dikeluarkan melalui pernafasan, semasa buang air kecil dan peluh. Walau apa pun jumlah yang diambil, hidrogen dapat dikeluarkan dari tubuh badan tanpa menyebabkan bahaya.